Hi, lama dah rasanya tak menulis dalam blog ni...Macam-macam yang berlaku disekeliling tak dapat nak dikongsikan...Hmm sejak dari ramadhan hinggalah hendak habis syawal dah, banyak aktiviti yang berlaku, berlalu begitu sahaja...Entahlah...Akhir-akhir ni rasa lain macam lah pulak, dah jumpa aktiviti baru dan tak sabar nak memulakannya...Kalau sebelum ini ianya hanyalah satu rancangan namun akhirnya berjaya juga untuk menubuhkan PMMC...kelab mountain bike sendiri...Hasil dari idea kami bertiga, Zaiham, Zamri dan Zulkifli...Harap-harap dapat la kami menjayakan aktiviti lasak ini tak pun sekurang-kurangnya dapatlah meningkatkan stamina dan secara tidak langsung menurunkan berat badan kami ni...Hahaha
0 Responses